-

LATAR BELAKANG PENUBUHAN



Prasekolah Sekolah Kebangsaaan Bukit Raya Dalam dirasmikan pada 31 .12.2007 dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran pertama bermula pada Januari2008. Pada awal penubuhannya seramai 25 orang pelajar telah mendaftar. Perasmian telah dilakukan oleh Puan Hajjah Hasna bt Khalid iaitu Guru Besar SK. Bukit Raya Dalam.

Bangunan Prasekolah SKBRD merupakan hasil pengubahsuaian satu unit Kuaters Guru. Setelah hampir setahun beroperasi, satu unit lagi kuaters guru telah diubahsuai untuk dijadikan ruang pembelajaran.

Guru Prasekolah pertama ialah Puan Sharipah Amalhayaty binti Syed Ahmad. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) pertama ialah Cik Ernie Melati binti Azmi ( PPM Kontrak , kemudian Pembantu Pengurusan Murid (N17) Puan Afariza binti Ahmad memulakan tugas mulai Jun 2008.

Prasekolah SK Bukit Raya Dalam menjadi pilihan penduduk sekitar Sekolah Kebangsaan Bukit Raya Dalam seperti dari Kampung Bukit Raya Dalam, Kampung Bukit Seni, dan Kampung Lang Merah untuk anak-anak mereka mendapat pendidikan awal sebelum ke tahun satu. Sosio ekonomi waris murid-murid Prasekolah SKBRD ialah pesawah padi dan buruh.

Prasekolah SK. Bukit Raya Dalam terletak di bawah penyeliaan Pejabat Pelajaran Daerah Pendang. Kedudukan Prasekolah SKBRD kira-kira 20 km dari Alor Setar dan 7 km dari Pendang

Adalah menjadi harapan Prasekolah SKBRD dapat memberikan pembelajaran yang bermutu kepada murid-muridnya.







Copyright 2009 PRASEKOLAH SK BUKIT RAYA DALAM. All rights reserved.
Free WPThemes presented by cikgu sha, Prasekolah SKBRD coded by Cikgu Pra.
Bloggerized by Cikgu Sha